Friday, April 2, 2010

88 BILION DALAM AKAUN!!!


Siapa yang tak mahu kaya? semua orang yang normal mahukan kekayaan. Bayangkan kalau anda dapat 88 bilion tanpa perlu lakukan apa. Ia tiba-tiba sahaja wujud dalam akauan bank anda. Apa yang akan anda buat?



Perkara ini berlaku kepada seorang pekedai barang kemas dari Florida iaitu Paul Fisher.

Apabila Paul Fisher menyemak akaun banknya Jumaat malam, beliau mendapati ada kejutan yang menggembirakan. Baki akaunnya tiba-tiba tercatat USD88,888,888,88.88. Satu angka bertuah, hampir mencecah USD89 Bilion.

Berita buruknya, ia sebenarnya hanyalah kesilapan teknikal oleh Suntrust Bank, yang kemudiannya cepat2 membetulkan masalah itu. Ia mungkin berlaku kepada akaun-akaun lain.

Sebelum masalah itu dibaiki, Mr Ficher mempunyai satu idea. Beliau meminta pihak bank memindahkan baki akaun ke satu akaun pelaburan sehinggalah ia dituntut semula dan dermakan jumlah bunga (interest) kepada badan kebajikan. Jumlah total bunga adalah lebih daripada $7.3 JUTA kalau benar-benar terjadi.

Pihak bank kata "tak boleh".



Wang tersebut telah ditarikbalik dari akuannya menjelang pagi Sabtu.



"Dah hilang, saya kembali miskin." kata Mr Fisher. " Tapi saya sempat jadi billionaire selama 5 jam."

No comments:

Related Posts with Thumbnails