Wednesday, February 1, 2012

Yayasan Terengganu Aniaya Pelajar Trefound

Semalam, salah seorang pelajar Syarikat Trefound, salah sebuah cucu syarikat Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Yayasan Terengganu beritahu bahawa mereka dianiaya kerana elaun bulanan untuk kursus di Trefound yang mereka ikuti, masih belum dibayar lagi. Bahkan laptop yang dijanjikan juga tidak diagihkan. Oleh kerana sudah lama menunggu, hampir satu tahun, maka mereka bertindak 'menyerbu' pejabat Yayasan Terengganu untuk meminta penjelasan dan mendesak janji ditunaikan.

Baru sahaja beberapa jam tadi penulis dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit telah selesai buat Sidang Media.

Dari perbualan pelajar-pelajar tersebut, mereka tidak akan biarkan Yayasan Terengganu lepas tangan begitu sahaja. Mereka mungkin akan ambil tindakan seterusnya, bergantung kepada perkembangan semasa.

p/s: Agaknya kalau ada bendera gambar Mad Said, mungkin ada yang mahu jadi Adam Adli. kita tunggu....

1 comment:

Solahuddin Al-Idrus said...

Letak je jwatan kalo x blh nk selesaikan kes ni

Related Posts with Thumbnails