Pada jam 3.03 petang, Samy Vellu pula menafikan beliau ada mengarahkan Khir Toyo robohkan Kuil. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Siapa yang sebenarnya mengarahkan perobohan kuil tersebut? Inilah kelebihan orang politik, apabila berlaku kekecohan atau kesalahan, mereka menafikan keterlibatan. Ini kerana arahan mereka tidak bertulis. Tiada bukti berdokumen yang boleh sabitkan mereka dengan sesuatu kesalahan.
Walaupun tindakan merobohkan kuil itu sah dari sudut undang-undang, ia tetap dipandang sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan. Imbas kembali bagaimana rakusnya kerajaan negeri Terengganu melalui Pejabat Tanah Kemaman merobohkan Masjid Bujal, ia mempunyai persamaan dengan kes kuil tersebut. Barangkali kalau ditanya kepada MB Terengganu yang baru, siapa yang merobohkan Masjid Bujal, agaknya dia akan salahkan Idris Jusoh kerana beliau Menteri Besar ketika itu. Idris Jusoh pula mungkin akan tuding jari kepada Ahmad Said kembali kerana beliau Exco dari Kemaman merangkap Ketua Umno Bahagian. Masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain.
Sebenarnya isu di sini bukan siapa arah roboh? Rakyat telah buat kesimpulan yang merobohkannya ialah Kerajaan Barisan Nasional. Walau siapapun yang mengarahkannya, mereka adalah wakil rakyat dari Barisan Nasional dan rakyat sudah meluat dengan mereka. Tudinglah jari kepada siapapun, kesimpulannya, bukan Pakatan Rakyat @Barisan Alternatif yang arahkannya.
Yang menarik, kalau benarlah Samy Vellu yang membenarkan atau mengarahkan supaya kuil itu dirobohkan, persamaannya dengan Terengganu ialah: Pemimpin-pemimpin ini mengkhianati agama dan bangsa sendiri!!
No comments:
Post a Comment