Monday, May 24, 2010

PEROGOLKU SUAMIKU

Dipetik dari HarianMetro 24 Mei:

......................................................................

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.

Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.


Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.


Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.


Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.


Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.


Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.


Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.

.....................................................

Komenku:

Itulah akibatnya agama diletak di kepala lutut. Wahai gadis2 di luar sana, tak kira siapa jantan atau lelaki yang pelawa, jangan sekali2 terima pelawaan minum dalam keadaan syarak tidak izinkan. Haram berdua2an di rumah lelaki. Islam larang mendekati zina iaitu keluar dgn jantan bukan mahram sebab tak nak jadi zina, rogol dan seumpamanya.

Kembalilah kepada akhlak Islam. Wahai ibubapa, didiklah anak gadis dan lelaki dengan akhlak Islam. Ajar batasan pergaulan lelaki perempuan. Bukan pakai semua boleh je. Nanti orang pakai anak dara kita pun pakai buang macam pampers!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails