Razali Idris telah buat 'damage' yg sangat besar kepada Umno Terengganu apabila isu PROGRAM MELAYU BANGKIT 'ditangguhkan' kerana bantahan dari parti-parti pembangkang dan parti komponen BN sendiri.
Penulis rasa Umno Terengganu sudah mengambil kira faktor kemarahan parti komponen terhadap mereka tetapi oleh kerana faktor negeri Terengganu sendiri yang lebih 90% melayu, maka mereka rasa ia mungkin dapat diredakan. Lain lah kalau buat di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan mana-mana negeri yang ramai Cina. Telahan mereka meleset dan isu ini memakan diri Razali dan Umno Terengganu. Siapa yang patut disalahkan? Razali kah, Ahmad Said kah, atau Hishamuddin sendiri?
SALAH SIAPA?
Razali merupakan Timbalan Ketua Umno Marang. Beliau ada sejarah bertanding Parlimen Marang melawan Presiden PAS. Program ini tak dapat tidak orang sudah cium baunya datang dari Umno Terengganu walaupun dinafikan oleh Hishamuddin sendiri. Hishamuddin sebagai Pengerusi Umno Terengganu dilihat sangat tidak cerdik apabila membiarkan sahaja program ini nak diteruskan sehinggalah banyak bantahan diterima, baru 'last minute' 'tangguh'. Kenapa tidak cerdik? Sebab beliau merupakan Menteri Dalam Negeri yang tugasnya jaga keamanan negara. Sepatutnya Menteri dalam negeri menyekat usaha mana-mana pihak yang cuba mewujudkan kebencian antara kaum. Ahmad Said pula mungkin juga ada saham salahnya apabila membiarkan seorang Pegawai Tadbir Negeri yang ditugaskan menjaga Institut Integriti Negeri Terengganu iaitu Arpin Deraman membenarkan badan kerajaan itu ditunggang oleh NGO Perkauman GERTAK! Beliau sepatutnya dapat antisipasi kejadian sebegini dan mengarahkan agar SUK Terengganu arah Arpin tarik diri dari menganjurkan program yang mencalar integriti Institut Integriti itu sendiri. Kalau penulis jadi Arpin Deraman, semalam dah letak jawatan. Kalau penulis jadi SUK, panggil Jawatankuasa Tatatertib & Disiplin Kakitangan untuk ambil tindakan. Kalau tak nakl bincang dalam JK Tatatertib pun, tukar Arpin ke JBA, duduk diam-diam situ.
Razali Idris kini tempat tudingan jari orang politik Umno dan pembangkang. Tak kiralah iade Melayu Bangkit tu datang dari siapa pun hatta Tun Mahathir sendiri. Hang dah anjur, hang tanggunglah risiko cemuhan.
KENYATAAN BERCANGGAH
Satu lagi yang jadi kebodohan pihak penganjur ialah kenyataan media yang saling bercanggah. Razali Idris sebelum program menyatakan bahawa memang mereka sengaja pilih 13 Mei untuk mengenang peristiwa itu. Jadi memang jelas niatnya untuk bangkitkan semangat bencikan kaum cina. Adapun kenyataan dari Pengarah IINT pula, Arpin kata kita buat program untuk beri kesedaran kepada Melayu tentang MEB, halatuju negara dan sebagainya.
Selepas dibatalkan, percanggahan berlaku lagi apabila Razali Idris kata program ditangguhkan ke tarikh yang bakan diberitahu kemudian sedangkan Arpin kata dibatalkan kerana bantahan banyak pihak. Kita pun faham Razali jawab secara politik, manakala seorang pegawai kerajaan seperti Arpin menjawab dengan lurus bendul, tapi nampak sangatlah keBODOHan mereka kerana tak selaraskan jawapan. Bukankah program itu program bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment