Wednesday, August 12, 2009

ISU RAKYAT: PAKATAN RAKYAT TERENGGANU LESU

Semenjak dua menjak, Terengganu tenggelam dek isu-isu peringkat nasional. Bukannya tiada isu. Banyak isu masyarakat yang berlaku tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya oleh mdia, kerajaan dan pembangkang.

Mungkin pembaca tidak tahu isu Kubah Masjid Kristal yang diturunkan akibat ancaman runtuhan dan kebocoran. Isu premis perniagaan yang baru dibina dengan nilaian 1.5 juta bakal dirobohkan kerana terletak betul-betul tepi jalan yang akan dibesarkan. Yang anehnya, projek deretan kedai itu adalah milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sendiri. Ini merupakan kerja bodoh kerajaan Umno Barisan Nasional pimpnan Ahmad Said.

Penulis fikir kalau pembangkang benar-benar mahu merampas kembali Terengganu dari tangan Umno BN, sepatutnya isu-isu masyarakat mesti diutamakan dan dibesarkan. Kita lihat bagaimana isu YB Rosli Othman yang ditangkap "redhanded" oleh SPRM hanya sekejap sahaja panasnya. Sebaliknya, apabila isu rasuah berlaku di negeri Pakatan Rakyat, media proksi Umno BN akan 'hogeh' sehingga pemimpin yang dikaitkan meletakkan jawatan. Ini berlaku kepada YB Fairuz bekas Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Terbaru, isu notis pindah kepada peniaga-peniaga di Jalan Banggol sebanyak 34 kedai, melibatkan 200 pekerja sudah berlalu lebih kurang tiga minggu. Tetapi isu ini tidak diuruskan oleh pembangkang dengan baik. Di mana pemimpin-pemimpin pembangkang dari PKR dan PAS di saat demonstrasi aman dibuat oleh peniaga-peniaga pada pagi ini (13 Ogos) di depan kedai buku Alam Akademik? Penulis difahamkan YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu sudah berbincang dengan MB Terengganu tetapi tiada sebarang berita sama ada ianya ditangguhkan atau ada perbincangan dengan peniaga.

Yang menjuarai isu ini ialah Cikgu Fauzi Abu Samah, aktivis masyarakat dari MAMPAT. Kalaulah MAMPAT daftar sebagai Parti Politik dan bertanding di Dun Bandar, penulis percaya ia mampu memenangi PR kerana yang banyak ditonjolkan pejuang hak rakyat Terengganu akhir-akhir ini ialah MAMPAT, bukannya PAS mahupun PKR. Walaubagaimana pun, kelihatan Ng Chai Hing dari DAP, seorang wakil dari AMK Terengganu dan seorang pemuda negeri Terengganu. Sekiranya Pakatan Rakyat mahu dianggap sebagai pembela rakyat, lebih ramai lagi pemuda-pemuda PAS, PKR dan DAP harus hadir untuk tunjukkan sokongan mereka.

Menurut cerita peniaga di situ, bangunan di situ sudah berusia lebih seratus tahun. Tapi ia tidak termasuk dalam lingkungan kawasan yg diwartakan sebagai warisan pesisir air. Jadi, walaupun bangunannya berusia lebih 100 tahun, ia tetap akan dirobohkan sebagaimana pernah dirancangkan zaman Tan Sri Mokhtar Ahmad suatu ketika dahulu. Kesilapan yang berlaku ialah, tiada perancangan menyediakan tempat perpindahan kedai-kedai yang akan dirobohkan walaupun Tan Sri Wan Mokhtar pernah berjanji (secara lisan) untuk menggantikan tempat lain. Padahal Bangunan baru Pusat Perniagaan Paya Keladi tidak jauh dari situ tetapi disebabkan ianya telah dijual kepada peniaga-peniaga lain, maka inilah nasib yang menimpa 34 pekedai di Jalan Banggol yang akan dirobohkan. Tarikh akhir pengosongan ialah pada 19 Ogos 2009. Penulis rasa jikalau pakatan rakyat tidak bertindak, maka mereka tidak layak untuk menjadi "government in waiting" sebagaimana dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

No comments:

Related Posts with Thumbnails