Muktamar PAS tahun ini akan dibuat di Selangor, salah satu negeri pakatan rakyat yang sangat2 bernilai. Bahkan sekarang pun masih ada usaha2 jahat umno BN untuk merampas kembali Selangor.
Tahun ini tahun pemilihan. Kalau Umno, sudah tentu di saat ini, sudah banyak wang ringgit yang ditabur2. Namun bukan itu amalan Pas. Namun begitu, dijangkakan muktamar kali ini akan hangat, sehangat goreng pisang panas, dek pertandingan jawatan utama parti iaitu Timbalan Presiden. Dengan isu yang masih lagi hangat walaupun cuba diredakan iaitu Kerajaan Perpaduan, ia akan jadi sehangat isu muqabalah, muzakarah pada muktamar tahun lepas di Ipoh Perak. Namun penulis rasa setelah penggulungan oleh DS Tuan Guru Presiden, ia akan berakhir dengan baik. Begitulah setiap kali ada isu hangat dalam politik Pas. Apabila ulama'2 Pas bersuara khususnya 2 tok guru, maka akhirnya ahli2 akan faham apa sikap yang sepatutnya diambil oleh pejuang2 kebenaran.
Isu ini tidak terhenti walaupun Presiden Pas telah buat kenyataan menarik balik cadangan 'Unity Government' yang dicadangkan. Terbaru dalam blog Nik Abduh Nik Aziz, beliau meluahkan perasaan hatinya terhadap golongan yang didakwanya sebagai penyampai2 berita sesat kepada ayahandanya, Tok Guru Nik Aziz. Mereka yang sekeliling ayahnya ada pelbagai ragam. Disebabkan sikap ayahandanya yang suka berbaik sangka dengan semua orang, maka kelemahan itu dipergunakan oleh golongan yang berkepentingan. Sehinggakan mereka sanggup memesongkan makna kerajaan perpaduan demi untuk melihat dua Tok Guru ini bercakaran.
Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam Pas, yang diiktiraf sebagai gerakan islam di Malaysia. Dalam sebuah gerakan Islam, kalau ini berlaku, ia mungkin ada pertalian dengan peranan yahudi untuk melumpuhkan gerakan islam. Kalau tidak pun, ia merupakan konspirasi syaitan untuk melemahkan jamaah Islam Pas daripada mendapat dokongan rakyat Malaysia dengan mempengaruhi watak2 tertentu dalam parti agar menjatuhkan pimpinan tertinggi. Usaha ini sangat keji walaupun mereka merasakan mereka lakukannya untuk kebaikan parti sekalipun. Dalam Islam, tujuan tidak menghalalkan cara. "The end does not justify the means." Ini semua terjadi kerana mereka merasakan kemenangan Islam dekat tetapi orang macam Tok Guru Haji Hadi lah yang menjadi penghalangnya. Imej dan sikap yang mereka anggap 'keras' yang dipamerkan oleh Tok Guru Haji Hadi menyebabkan Terengganu terlepas ke tangan Idris Jusoh. Siapa mereka yang mahu tentukan sampai masa atau belum sampai masa mencapai kemenangan? Bukankah itu kerja Allah? Bukankah Allah sudah berjanji akan beri kemenangan untuk Islam apabila cukup syarat2nya? Adakah syarat2 kemenangan sudah dipenuhi? Adakah dengan menjatuhkan Tok Guru akan menyebabkan Pas jadi lebih baik? Tidakkah mereka tahu betapa gerakan Islam antarabangsa amat mengkagumi Presiden Pas sehinggakan dalam banyak majlis, Presiden Pas dilayan setanding dengan seorang Perdana Menteri?
Bagaimana pula dengan ilmu agama dan kemampuan menyelesaikan masalah dan isu dalaman dan luaran parti ? Adakah ada di kalangan mereka yang professional sanggup memikulnya? Bukankah ia memerlukan seorang yang mampu mengistinbatkan hukum yg digali dari Al Qur'an dan Sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam?
Soalan2 ini harus dijawab oleh mereka yang terburu2 mahukan kemenangan di peringkat nasional. Dibimbangi apa yg difikirkan oleh mereka ialah jawatan2 yg bakal ditawarkan oleh kerajaan pakatan rakyat yg dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim.
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pengiktirafan
Apabila di atas kertas Ustaz Hadi, mecadangkan Kerajaan Perpaduan, ianya ditolak.
Kenapa? Cuba kenyataan itu dikeluarkan oleh Ustaz Nik Aziz dan Anwar Ibrahim...
Semua orang tidak menolak...
Puncanya Presiden PAS yang lahir dari Negeri terengganu telah tidak diiktiraf dan tidak dinilai pada hakikatnya...
Dimana hendak kita letakkan title "Tok Guru", jika cakap beliau tidak lagi mahu direealisasikan...
Itulah tandanya orang terengganu hilang pengiktirafan dan hilang value...
Post a Comment