Monday, March 23, 2009

TINDAKAN SEGERA SUMBER MAKLUMAT ALTENATIF

SEMALAM bertalu2 sms berita penggantungan akhbar Pakatan Rakyat Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan masuk ke kotak sms telefon bimbit penulis. Ini merupakan suatu tindakan politik ala machiavelli untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ini lah tindakan 'desperate' Barisan Nasional yang tidak mahu insaf-insaf dari perbuatan zalimnya.

Sebagai ganti, penulis mahu cadangkan agar pengendali dan pengguna laman-laman web alternatif dan blogger2 yang cintakan keadilan serta kebenaran, agar dapat mengambil langkah mencetak berita2 isu politik semasa khususnya berkaitan PRK tiga tempat yang akan berlangsung pada 7 April nanti untuk tatapan rakyat yang bakal memilih calon Pakatan Rakyat.

Nampaknya BN sudah melampau dan sudah tiba masanya kita pendokong kebenaran melalui jalan cyber ini menyumbang tenaga dan wang ringgit seoptimum yang mungkin untuk memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

PRK di Bukit Gantang kali ini dipenuhi kain rentang dan poster yang mengatakan undi parti politik PAS adalah wajib disisi Islam. Pernyataan sesat ini menunjukkan parti politik PAS semakin terdesak dan sanggup menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Persoalannya, adakah orang yang mengundi selain PAS akan kafir?

Oleh itu, saya mendesak agar Pendaftar Pertubuhan atau SPR mengambil tindakan terhadap pernyataan-pernyataan sesat sebegini. *Jika masih berdegil, seelok-eloknya diharamkan sahaja Parti Politik PAS ini.

Sepanjang saya di Bukit Gantang juga, didapati ceramah-ceramah PAS kebanyakannya hanyalah menyemai kebencian, fitnah dan memaki hamun. Inikan Islam ala PAS? Sepatutnya berkempenlah secara bersih dengan memberitahu rakyat tentang visi dan misi perjuangan PAS.

Yang menghairankan saya, di laman dan blog pro PAS sentiasa mengaitkan pengikut UMNO sebagai jahat seperti mengkhianat poster mereka dan membuat huru hara. Tetapi sepanjang saya berada disana, pengikut mereka yang banyak mengkhianati poster-poster Barisan Nasional. Mereka juga banyak melalukan provokasi sehingga ada seorang pengikut fanatik yang seolah-olah hendak mengugut menggunakan parang. Mujurlah kami sentiasa dinasihatkan oleh pemimpin kami supaya jangan mengikut rentak yang cuba dimainkan mereka.

Satu lagi kes, tanda arah ke rumah tumpangan UMNO bahagian juga telah dibuang. sebanyak 17 tanda arah jalan telah diletakkan untuk ke rumah UMNO bahagian tersebut. Namun hanya 2 sahaja yang tinggal. Keadaan ini telah mengakibatkan petugas-petugas UMNO Bahagian tersebut telah mengalami kesukaran yang amat sangat untuk mencari rumah tersebut. Angkara siapa? Jika ditanya kepada orang-orang PAS… apakah jawapannya. Sebahagian besar kita sudah dapat meneka jawapan jumud mereka.

Ingatlah orang-orang PAS… yang kamu tentang dalam PRK ini adalah seagama dan sebangsa dengan kau orang. Ada antara mereka merupakan ayah, emak. adik-beradik dan saudara mara sendiri. Adakah kita sanggup mengkafirkan ayah atau ibu atau anak kita semata-mata hanya tidak memangkah PAS.

Di dalam Islam pun terdapat pelbagai mazhab. Adakah dengan kita tidak islam jika mengikut mazhab yang berlainan? PAS hanyalah satu parti politik dan UMNO juga turut memperjuangkan ISLAM dalam wadah perjuangannya. Hasilnya, lahirlah kini sebuah negara majmuk yang aman damai berbanding banyak negara di dunia dimana rakyat islamnya semakin hari semakin tinggi ilmu agamanya.

Janganlah menerap unsur-unsur jihad kepada ahli-ahli PAS supaya menentang UMNO seperti menentang Yahudi. Janganlah PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Gunakanlah platform politik untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan orang-orang islam di Malaysia.

Percayalah undi PAS daripada orang-orang Islam di Bukit Gantang akan merosot. Rakyat di Bukit Gantang didapati makin bosan dengan politik memaki hamun, menuduh tidak islam, pembohongan, fitnah dan sebagainya. Penderhakaan kepada sultan juga menampakkan dengan lebih jelas tentang siapa sebenarnya PAS. Keadaan ini jelas apabila didapati ramai pemangkah PAS pada PRU baru-baru ini sudah kembali kepada UMNO. Terdapat juga dibeberapa buah kampung pemimpin fanatik mereka sudah mula beralih angin.

Insya-ALLAH, Bukit Gantang milik BN. Percayalah.

* UMNO juga pernah dbatalkan pendaftarannya dulu

ditulis oleh: http://rakyattranung.blogspot.com/

Tranungdaily said...

maaf lah, baru balik Perak. Broadband xde nak 'surf' internet. ni baru buka...x sangka pulak blog ambe dapat perhatian pemudaumno. Lantak awak la nak kata apa pun pada Pas. Itulah lumrah berjuang Islam. Memang kena fitnah gila2 punya. Umno BN selalu reka cerita gila2 punya apabila musum kempen pilihanraya. Nah skrg jawapannya. PAS menang dgn majoriti 2789. Allah menolong golongan yang benar.

Pas dan parti2 pakatan rakyat berkempen menerang perkara sebenar dikatakan menyemai kebencian.samalah awak dgn TV3 suku, Pemuda Umno provokasi awak tak bagitau. Banner fitnah Nizar awak tak bagitau. Org sebaik Nizar dikatanya kaki perempuan. Si Ismail Saffian yg selalu ke Danok, Thailand(pusat hiburan dewasa dan pelacuran)tu awak tak bagitau.

Makihamun dari siapa dan apa awak tak bagitau? Buktikan ada makihamun dari Pas.

Melayu yg Islam baka sudah tidak mahu Islam. Skrg Cina dan India cuba memahami Islam dgn baik, mereka cuba halang.

Saudara pemuda umno,
Tidak sama antara haq dan batil. Tidak sama antara yg ikut ulama' dan yg ikut pemerintah zalim. Tidak sama antara UMNO BN dan PAS PAKATAN RAKYAT..

Related Posts with Thumbnails