Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno.
Saturday, February 20, 2010
MB TERENGGANU:NAJIB AKAN JUMPA SULTAN MIZAN
Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno.
Monday, February 15, 2010
UMNO JUARA (PITIH) RAKYAT
UMNO TERENGGANU sekarang tengah gila mengidam jadi juara (songlap pitih) rakyat. Kempen Juara (songlap pitih) rakyat dilihat di mana-mana khususnya di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu(BAWASIR). 13 Februari baru-baru ni Ahmad Said bersama-sama Muhyiddin Yasin berkempen Umno juara (songlap pitih) rakyat dalam Majlis Penyampaian Hadiah Saguhati yang berupa wang tunai bernilai RM160 kepada pelajar cemerlang Terengganu. Seorang pelajar yang menerima saguhati tersebut memberitahu bahawa Ahmad Said dan Muhyiddin Yasin asyik berkempen agar sokong Umno BN dalam pilihanraya akan datang. Ahmad Said didakwa berkempen terang-terangan apabila dikatakan menyatakan rasa terkilan dengan penduduk Kuala Terengganu yang menolak Umno Barisan Nasional yang ternyata memberikan kesenangan kepada rakyat.
Inilah 'JUARA RAKYAT' yang HAPRAK! Dia guna duit rakyat untuk agihkan sedikit saguhati(berbanding berjuta ringgit projek yang dikurniakan kepada kroni) buat pelajar dengan tujuan ibubapa termakan pujukan rayu untuk sokong Umno, sedangkan program dianjurkan oleh badan kerajaan.
Yang lagi pelik, majlis itu juga dihadiri oleh Dato' Wan Farid yang kalah PRK Kuala Terengganu tahun lepas. Memang muka tak malu. Takdak maruah. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Program Kerajaan yang sepatutnya tiada kaitan dengan politik kotor Umno tiba-tiba jadi medan kempen politik kotor, jijik, hancing, busuk, hanyir dll. Apa jawatan Wan Farid dalam kerajaan yang melayakkan dia hadir di pentas program? Orang Umno jawablah sendiri...
Ni lah muka tak malu sampai bila-bila.DULU KINI SELAMANYA UMNO PEMBOHONG, PENGKHIANAT BANGSA!!!
Wednesday, February 3, 2010
AIR MANI PADA SAIFUL BUKHARI MILIK ANWAR
Petikan MalaysianInsider.
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Feb 3 — Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bermula petang ini dengan pendakwa raya mengetengahkan hujah bahawa ada bukti kukuh menunjukkan kesan sperma ditemui pada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik ketua pembangkang itu.
Dalam kenyataan pembukaan mereka, pendakwa raya memberitahu mahkamah, sampel tisu yang diambil dari bahagian luar dan dalam dubur Saiful, yang diuji memadami satu DNA.
Pendakwa raya berkata pihaknya akan membawa keterangan-keterangan ke mahkamah untuk menunjukkan kesan sperma yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Jabatan Kimia itu adalah milik Anwar.
Malah pendakwa raya juga akan bergantung pada keterangan langsung Saiful.
Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Saiful, bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.
Anwar berulang kali menafikan tuduhan itu dengan mendakwa ia konspirasi serupa yang dilaluinya 12 tahun lalu.
Saiful akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes ini.
Pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah.
...................................................................................................................................................................
Komen aku, Samalah macam kes yang dulu. Lepas bawa bukti2 yg direka2, maka Anwar akan disabitkan kesalahan. Kemudian disumbat semula ke dalam penjara. Masyarakat awam akan berbelah bahagi antara percayakan Anwar atau tidak.
Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!