Monday, April 27, 2009

KERAJAAN PERPADUAN DAN MUKTAMAR PAS

Muktamar PAS tahun ini akan dibuat di Selangor, salah satu negeri pakatan rakyat yang sangat2 bernilai. Bahkan sekarang pun masih ada usaha2 jahat umno BN untuk merampas kembali Selangor.

Tahun ini tahun pemilihan. Kalau Umno, sudah tentu di saat ini, sudah banyak wang ringgit yang ditabur2. Namun bukan itu amalan Pas. Namun begitu, dijangkakan muktamar kali ini akan hangat, sehangat goreng pisang panas, dek pertandingan jawatan utama parti iaitu Timbalan Presiden. Dengan isu yang masih lagi hangat walaupun cuba diredakan iaitu Kerajaan Perpaduan, ia akan jadi sehangat isu muqabalah, muzakarah pada muktamar tahun lepas di Ipoh Perak. Namun penulis rasa setelah penggulungan oleh DS Tuan Guru Presiden, ia akan berakhir dengan baik. Begitulah setiap kali ada isu hangat dalam politik Pas. Apabila ulama'2 Pas bersuara khususnya 2 tok guru, maka akhirnya ahli2 akan faham apa sikap yang sepatutnya diambil oleh pejuang2 kebenaran.

Isu ini tidak terhenti walaupun Presiden Pas telah buat kenyataan menarik balik cadangan 'Unity Government' yang dicadangkan. Terbaru dalam blog Nik Abduh Nik Aziz, beliau meluahkan perasaan hatinya terhadap golongan yang didakwanya sebagai penyampai2 berita sesat kepada ayahandanya, Tok Guru Nik Aziz. Mereka yang sekeliling ayahnya ada pelbagai ragam. Disebabkan sikap ayahandanya yang suka berbaik sangka dengan semua orang, maka kelemahan itu dipergunakan oleh golongan yang berkepentingan. Sehinggakan mereka sanggup memesongkan makna kerajaan perpaduan demi untuk melihat dua Tok Guru ini bercakaran.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam Pas, yang diiktiraf sebagai gerakan islam di Malaysia. Dalam sebuah gerakan Islam, kalau ini berlaku, ia mungkin ada pertalian dengan peranan yahudi untuk melumpuhkan gerakan islam. Kalau tidak pun, ia merupakan konspirasi syaitan untuk melemahkan jamaah Islam Pas daripada mendapat dokongan rakyat Malaysia dengan mempengaruhi watak2 tertentu dalam parti agar menjatuhkan pimpinan tertinggi. Usaha ini sangat keji walaupun mereka merasakan mereka lakukannya untuk kebaikan parti sekalipun. Dalam Islam, tujuan tidak menghalalkan cara. "The end does not justify the means." Ini semua terjadi kerana mereka merasakan kemenangan Islam dekat tetapi orang macam Tok Guru Haji Hadi lah yang menjadi penghalangnya. Imej dan sikap yang mereka anggap 'keras' yang dipamerkan oleh Tok Guru Haji Hadi menyebabkan Terengganu terlepas ke tangan Idris Jusoh. Siapa mereka yang mahu tentukan sampai masa atau belum sampai masa mencapai kemenangan? Bukankah itu kerja Allah? Bukankah Allah sudah berjanji akan beri kemenangan untuk Islam apabila cukup syarat2nya? Adakah syarat2 kemenangan sudah dipenuhi? Adakah dengan menjatuhkan Tok Guru akan menyebabkan Pas jadi lebih baik? Tidakkah mereka tahu betapa gerakan Islam antarabangsa amat mengkagumi Presiden Pas sehinggakan dalam banyak majlis, Presiden Pas dilayan setanding dengan seorang Perdana Menteri?

Bagaimana pula dengan ilmu agama dan kemampuan menyelesaikan masalah dan isu dalaman dan luaran parti ? Adakah ada di kalangan mereka yang professional sanggup memikulnya? Bukankah ia memerlukan seorang yang mampu mengistinbatkan hukum yg digali dari Al Qur'an dan Sunnah nabi sallallahu alaihi wasallam?

Soalan2 ini harus dijawab oleh mereka yang terburu2 mahukan kemenangan di peringkat nasional. Dibimbangi apa yg difikirkan oleh mereka ialah jawatan2 yg bakal ditawarkan oleh kerajaan pakatan rakyat yg dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim.

Sunday, April 19, 2009

TERENGGANU BAKAL DAPAT MB BARU LAGI?

Terengganu bergolak lagi. Kali ini makin serius. Dikhabarkan 18 Adun sudah bersatu hati untuk tumbangkan Ahmad Said walau apapun terjadi. Mereka telah buat memorandum kepada DS Najib bagi mendesak ditukar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu. Alasannya, Ahmad Said tidak efisien, banyak masalah tidak selesai. Bukan setakat itu sahaja, menurut sumber yang boleh dipercayai, sebulan dua lagi, Terengganu bakal menerima pelantikan Menteri Besar baru. Bagaimana pula cerita lama? Bukankah Tuanku Sultan Mizan tidak berkenan Si Derisa Jusoh? Ya, Betul... MB baru menggantikan Ahmad Said tidak semestinya Idris Jusoh. Ia boleh jadi orang lain, walaupun Idris lah di sebalik semua ini. Antara pemain utama 'drama' ini ialah Rosol Wahid. Jadi, kebarangkalian beliau jadi MB pun ada juga. Tapi mungkin juga orang lain. Sebab Rosol merupakan antara yang lantang menentang keputusan Sultan melantik Ahmad Said di peringkat awal. Dialah antara penderhaka besar! Kalau begitu siapa yang layak ganti MB? Waktu krisis MB tengah hangat dulu, sebelum Ahmad Said 'confirm' jadi MB, ada ura2 antara nama yang naik ialah YB Alias Abdullah, si peguam yang jadi Adun Alor Limbat tu. Baru2 ni penulis berbual dengan orang kuat Umno dalam Alor Limbat. Katanya, memang orang Umno melihat Alias antara yang bersih dan lebih 'jjurus' daripada pimpinan lain. Beliau dilihat lebih beragama daripada Ahamd Said. Tetapi waktu tu, beliau tidak bersungguh untuk menduduki Kerusi nombor satu kerajaan negeri Terengganu itu. Tapi katanya lagi, kali ini, YB Alias beria-ia benar nakkan jawatan tu.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat saja lah apa yang bakal terjadi.

Wednesday, April 15, 2009

PRK DUN PENANTI PULAK!!!

Baru sahaja mahu rehatkan diri dari PRK Bukit Gantang. Terkini, beberapa jam tadi Adun Penanti, Fairuz Khairuddin pula letak jawatan. Tapi memang ia sudah dijangka ekoran dari siasatan SPRM terhadap kes rasuah beliau. Banyak sungguh ujian Allah terhadap orang=orang politik akhir-akhir ini. Tentu ada hikmah besar di sebalik semua isu politik tanahair. Allah mahu mengurniakan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang ikhlas berjuang di jalannya. Dan Allah mahu menyerlahkan kebatilan demi kebatilan Umno Barisan Nasional, seterusnya kemungkinan besar akan menemui ajalnya tidak lama lagi.

Sama-sama lah kita berusaha, berjuang dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

10 BUDAK HITAM MASUK BALIK SIDANG DUN


Aku hairan la rancangan Deris, Rosol & The Gang. Ingat betul2 nak buat "vote of no confidence". Tiba2 buat cerita kena ugut. itu pun sama2 sendiri. tup2 hari ni kena masuk balik sidang dun sebab YAB Najib Tun Razak suruh. Macam budok2 la.....

Malas nak ulas panjang2, ngkorang baca sendiri la berita di bawah dari mstar.com.my :

PETALING JAYA: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam - dilihat sebahagian daripada kemelut politik Terengganu - menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai "puncak krisis politik" melanda negeri itu.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka telah mengharungi siri masalah sejak Datuk Ahmad Said mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar bermula Mac 2008.

"Ini adalah puncak kepada banyak masalah (sejak Mac 2008)," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi pagi tadi.

Jelas beliau, walaupun pihaknya merupakan ADUN tetapi telah diperlekeh banyak kali sepanjang kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Malah katanya, sehingga kini mereka tidak pernah diajak mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar mengenai isu-isu semasa termasuk soal pembangunan.

"Dulu ketika era, Idris selaku Menteri Besar, beliau akan menemui setiap wakil rakyat sekali dalam sebulan... tetapi tidak di bawah Ahmad.

"Sehingga kini (sejak 2008), kami sekali pun tidak dapat berjumpa dengan Menteri Besar," katanya.

ADUN Ajil itu bersama sembilan yang lain termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh memulaukan sidang DUN semalam atas alasan menerima SMS ugutan yang boleh mengancam keselamatan mereka.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

Bagaimanapun kesemua 10 ADUN itu kembali hadiri sidang DUN hari ini sebagaimana diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.

Selain Rosol dan Idris, lapan ADUN yang lain ialah Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketika ditanya sama ada kesemua 10 ADUN itu sedia untuk menemui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri membincangkan isu tersebut, Rosol berkata:

"Dalam hati saya, kami hendak menemui mereka... mereka pun juga sibuk dengan tanggungjawab baru, tapi saya terbuka untuk menemui mereka," katanya lagi.

Semalam, Najib berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.

Tindakan kesemua ADUN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam kelmarin berhubung kemelut politik di negeri ini.

Isu itu dipercayai berlaku selepas Menteri Besar membuat kenyataan untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN, jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN, lapan daripadanya diwakili pembangkang.

...................................

Komen:

Rosol mendakwa kali ini merupakan kemuncak kepada banyak masalah yang dihadapi dalam tempoh pemerintah Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Yang sebenarnya ialah Ahmad Said memang sengaja diboikot oleh puak2 Deris, kemudian banyak kertas kerja projek yang diangkat oleh puak Deris ditolak mentah2 oleh Ahmad Said kerana tidak "People oriented". Ahmad Said seolah2 mahu projek2 menjurus kepada memberi manfaat kepada rakyat Terengganu.

Monday, April 13, 2009

TERKINI-10 ADUN BN AKAN BUAT KENYATAAN AKHBAR

Terkini, 2 petang-10 orang Adun BN yang tidak hadir Sidang Dun dilaporkan sedang berada di sebuah hotel di Kuala Terengganu, dan bakal membuat kenyataan akhbar tidak lama lagi.

Dalam pada itu, ada sumber memberitahu polis kemungkinan akan menahan Setiausaha Sulit Kanan petang ini, dan mungkin akan direman seminggu untuk siasatan.

ADUN BN BOIKOT SIDANG DUN?

Hari ini masuk hari kedua Sidang Dun Terengganu. Penganalisis politik Terengganu menjangkakan semalam sebagai hari Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar, tetapi ia tidak berlaku. Akhbar semalam merakamkan kenyataan Rosol Wahid yang mengatakan bahawa tidak akan ada Undi Tidak Percaya. Hari ini, 11 orang Adun tidak hadir di sidang Dun. Tiba-tiba, diberitakan bahawa tiga daripada adun tersebut iaitu Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam. Mereka mendakwa diugut dengan ancaman bunuh oleh Pegawai Kanan Kerajaan Negeri agar tidak buat Undi Tidak Percaya.

Sms ugutan bunuh yang berbunyi, "“baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?” dipercayai datang dari nombor telefon bimbit Setiausaha Sulit Kanan MB, Encik Wan Ahamad Wan Muda. Beliau memang dikenali sebagai orang yang rapat dengan Menteri Besar. Bahkan dalam keadaan tertentu, kuasa beliau seolah-olah lebih tinggi dari Setiausaha Kerajaan sendiri.

Tindakan ketidakhadiran adun BN tersebut dipercayai bertujuan untuk mendesak Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Saturday, April 11, 2009

TOK GURU MENANGIS DENGAR LAGU AMY SEARCH

Pagi ini penulis masuk lewat ke pejabat. Kereta meragam lagi. Terpaksa bawa ke bengkel. sementara tunggu siap, penulis sarapan di sebuah kedai makan berdekatan. kebetulan kedai terebut jual akhbar. Biasanya penulis cari SinarHarian. Tetapi memandangkan sinar sudah habis, penulis capai akhbar Kosmo. Tajuk depan menarik perhatian penulis, "NIK AZIZ MENANGIS DENGAR AMY SEACRH MENYANYI KETUHANAN."

Setelah dibaca, rupanya Tok Guru Nik Aziz menangis ketika menghadiri konsert sempena Majlis Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan. Apabila Amy Search ditanya, beliau menjawab tidak sedar ketika lagu manakah Tok Guru menangis kerana beliau menyampaikan empat buah lagu, antaranya iaitu Mentari Merah di Ufuk Timur, Isabella, dan Saat Yang Ku Idamkan. Penulis boleh agak mungkin Tok Guru tersentuh apabila lagu Mentari Merah di Ufuk Timur dinyanyikan kerana senikatanya menyentuh peristiwa kiamat. Kalau bukan lagu itu, takkan Tok Guru menangis mendengar lagu Isabella kot... Cuma penulis terkilan kenapa tidak diberigarispanduan kepada penyanyi2 yang dijemput agar hanya menyanyikan lagu2 yang tidak bercanggah dengan syarak sahaja? Atau terlepas pandang? Bukankah sebelum ini sudah ada kontroversi Mawi yang mempersembahkan lagu-lagu pop di Kelantan atas jemputan kerajaan negeri? Penulis berharap orang politik sebelah sana tidak main isu ini untuk mengeruhkan suasana tetapi biasanya kalau sudah jadi begini, mereka akan ambil kesempatan untuk buat isu.

Apabila Pas mendakwa memperjuangkan Islam dan cara hidup Islam, sudah tentu ia meliputi semua aspek kehidupan. Maka sudah tentu dalam hiburan pun disediakan alternatif buat masyarakat Islam. Tetapi kalau sama sahaja antara Umno dan Pas, maka apa bezanya? Amy Search yang diberi hidayah oleh Allah untuk beramal dengan Islam perlu dibimbing agar benar2 menjalani hidup sebagai seorang muslim sejati termasuklah dalam bab menyanyi.

Penulis harap sesiapa yang sayangkan Tok Guru dan perjuangan Islam jangan pula ambil hati dan menerima kritikan ini dengan hati penuh terbuka. Penulis yakin semua pendokong perjuangan Islam pun tahu bahawa lagu Isabella bukan lagu ketuhanan tetapi lagu cinta lelaki dan perempuan.

Teringat penulis sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang maksudnya, " Apa yang aku perintahkan dengannya(yang wajib), maka buatlah sedaya upaya kamu. Dan apa yang aku larang(yang haram), jauhilah ia sungguh2." Kata Imam Nawawi, Ulama' menjadikan hadis ini sebagai asas dalam agama dalam bab perintah dan larangan. Ulama' usul fiqh menggariskan satu panduan dalam bab ini dengan mengatakan " Larangan(haram) adalah lebih kuat daripada suruhan (wajib)." Kaitannya dengan isu di atas, rasanya tiada ulama' muktabar yang mengharuskan lagu berunsurkan cinta sesama makhluk tanpa ada ikatan perkahwinan. Setakat yang penulis tahu, lagu Isabella berkisar tentang kisah cinta dua insan lelaki dan gadis yang berlainan dunia sama ada dalam konteks tempat mahu pun bangsa. Kisah cinta sebegini mengasyikkan muda mudi ke arah perlakuan maksiat.

Mungkin ada pembaca yang berfikir, " perkara remeh macam ini pun sibuk nak bicara. Pada penulis, tiada istilah remeh dalam agama. Semuanya penting untuk diperhatikan , dari sekecil2 perkara hingga sebesarnya. Kalau tidak masakan Rasulullah menjadi contoh teladan dalam semua aspek kehidupan sehinggakan kepada berak kencing pun disentuhnya. Yang ada ialah mana yang lebih utama dan mana yang perlu dikemudiankan. Yang haram tetap haram walau sekecil manapun, ia tetap haram melainkan dalam keadaan darurat seperti makan babi ketika tiada makanan lain, atau bertembung dua mudarat, maka dipilih mudarat yang lebih kecil kesannya. Adapun dalam isu lagu di atas, pihak penganjur boleh mengatur agar tiada unsur haram diselitkan dalam majlis tersebut kerana ia dalam bidang kuasa mereka.

Lainlah kalau ada ulama' yang berfatwa harus memperdengarkan lagu cinta bertujuan untuk menarik golongan muda mudi untuk bersama2 dengan jamaah Islam. Kalau begitu, seolah2 sudah tiada cara lain untuk menarik perhatian muda mudi sedangkan hakikatnya, masih ada ruang lain yang boleh digunakan untuk menarik remaja belia untuk mendekati jamaah Islam Pas.

WALLAHU A'LAM.
Related Posts with Thumbnails